SABARLAH WAHAI SAHABAT



Baru sahja pulih dari demam, batuk2 n selsema, ade pula kabar berita yang sedih hamba terima pada pagi ini.

28 march 2011

Kebiasaannya pada hujung minggu hamba akan pulang ke rumah sepupu hamba dan semalam bersamaan pada hari ahad hamba keberatan untuk pulang ke kediaman hamba di mana hamba rasa kelesuan akibat demam yang tidak kebah lagi.

Namun pagi senin ni, hamba gagahkan diri untuk pulang ke tmpat kediaman, niat hati mahu ke kelas namun lambat tiba di kelas. Hamba duduk bersahja di bilik n sambil mnghantar sms kepada sahabat hamba. Niat kami mahu ke gym bersama2 untuk membuat tugasan yang diberikan 0leh lecture namun setengah jam kemudian, beliau diam.

Hamba melihat jam sudah tepat 10.30pagi. hamba bersiap n mau ke gym seperti yang dijanjikan. Melangkah keluar dari pintu bilik, hamba menyapa se0rg sahabat yang bru plg dri kelas n hamba menanyakan kawan hamba di mana kawan hamba yang berjanji mahu ke gym.

Terkejut hamba mendengar kabar bahawa ayahnda sahabat hamba sudah tiada. Setahu hamba minggu ini ayahnda kawan hamba akan melakukan pembedehan jantung namun ALLAH lebih menyanyanginya. Tidak sempat untuk pembedahan, “ALLAH TAALA” sudah mengambilnya pergi.

Hamba terus berlari ke bawah selepas mendapat berita tersebut. Smpai di bawah hamba lihat sahabat sudah dibanjiri air mata dan sedang bercakap talifon. Sesudah beliau menamatkan panggilan, hamba terus menanyakan dan terus memeluk sahabat. Hamba memujuknya, sayu hati hamba melihatnya dan hamba tidak lagi b0leh menampung air mata, air mata hamba turut gugur.

Hamba dan rakan2 yang lain terus bergegas mndptkan kereta n trus bergegas ke hospital serdang. Sayu hati hamba tatkala melihat sahabat melihat muka arwah, sahabat mencium dahi arwah serta meratapi di dada arwah di ikuti pengangan tangan arwah yang berlapik dengan kain selimut hospital, sahabat menggerakkan bapanya dan hamba mendengar seakan2 sahabat memanggil arwah.

Dan skang arwah serta sahabat dalam perjalanan pulang di JENGKA 19. Bagi rakan2 yang membaca diari hamba, sedekahkanlah al-fatihah kepada sahabat rapat hamba. M0ge r0h ayahnda dirahmati serta dicucuri rahmatnya dan buat sahabat, “kuatkan dirimu”. ALLAH lagi sayang akan ayahnda.

Comments

Popular Posts