Setelah sekian lama hamba tidak mencoretkan rasa hati ni, tetibe hari nie laju benar tangan hamba menaip. Windu beben0r gamoknya hamba nie dengan bl0g hamba kot. Sejak bermenjak nie hamba rase ade yang kurang pada hamba, tapi hamba sendiri xtau ape benda yang kurang. Hamba kurang pasti dengan diri hamba ni. Hadoi, ape benda agaknya.

Hari nie hamba rasa bersalah pada kawan rapat hamba, nama tidak akan diberitahu. Hamba harap dia paham, bukan hamba nak begitu, hamba pown xtau camne nak cakap. Hamba dengan die daa agak setaun kurang rapat berbanding tahun2 yang lepas. Ade yang membataskan, tapi hamba xtau r. xpe r. hamba harap die hepy ngan life die. Hamba xnak pk sal org sgt, sbb hamba sndiri perlukan kekuatan diri hamba tuk hamba sendiri. Bukan mementingkan diri sendiri namun kadang2 kita terpaksa mementingkan diri sendiri dan hamba rasa tiada kegunaan bila dengannya.

Sahabat, hamba minta maaf, harap sahabat memahaminya. Hamba rindu akan sahabat. Sangat2 rindu. Hanya tuhan yang tahu tapi jikalau sahabat rase yang hamba seperti menyisihkan sahabat, i2 tidak benar. Itulah perasaan hamba tahun 2009 terhadap sahabat kalo xsalah tahun lep. Betapa hancurnya hati hamba disebabkan oleh beliau, hamba terasa tersisih.

Hamba memang tidak pernah mengadu pada sahabatkan tapi hamba sudah lama memendam rasa ini. Hamba tidak kisah jikalau sahabat bersamanya, tapi persahabatan kita di jangan di alpakan. Kita hidup bermasyarakat, haruslah menjaga semua hati. Bukan hamba xsayangkan sahabat atas kerana hamba mempunyai teman baharu, tidak pernah sekali sahabat hamba lupakan.

Sahabat lew teman yang sangat akrab dengan hamba sepanjang hamba hidup di muka bumi ni. Sahabatlew sahabat yang benar2 sehati sejiwa dengan hamba, namun apakan daya hamba sebagai seorang sahabat yang tidak bernyawa pada sahabat. Hamba tidak tahu gmana lagi ingin hamba luahkan rasa hati ini. Jikalau sahabat membaca, ketahuilah kamu wahai sahabat yang telah sedekad lamanya bersahabat yang bahawa hamba amat merindui kita bersama dahulu. Jikalau ada hamba mengasari tuan hamba, hamba moh0n kemaafan, sesungguhnya hamba tidak dapat menahan perasaan sakit hati oleh kerana sahabat hamba dirampas. Hamba harap sahabat bergembira bersamanya. Kenangilah detik2 kita bersama hampir sedekad yang lalu, hamba amat merindukan waktu2 dahulu. Dan ingatlah, hamba tidak pernah menyalahkan sesiapa dan mungkin juga hamba yang salah di sini.

Comments

Popular Posts