Walaupown hari ibu daa lepas, tapi pada hamba adalah setiap hari adalah hari ibu. Dan belum terlambat pada hamba untuk mengucapkan hari ubu kepada semua warga ibu. Mak adalah gelaran hamba pada ibu hamba. Asalnya ibu adalah dari g0longon keluarga yang susah. Dibesarkan tanpa ayah seusia 9tahun, dan dibesarkan oleh nenda hamba bersama2 4orang lagi adik beradiknya, kakak kepada ibu dibesarkan oleh nenek sedara ibu. Dan berusaha atas usahanya sendiri untuk mencapai golongon yang berjaya sekarang.

Ibu adalah se0rang guru tabika, walaupown guru tabika, pada hamba di situlah permulaan se0rang manusia untuk dibentuk. Betapa mulianya hati ibu dengan tekad serta sabar mendidik anak2 buahnya. Ibu juga se0rang graduan dari maktab perguruan kuala lipis. Ibu bergraduat di usia 42tahun. Hamba kagum akan kesungguhan ibu untuk belajar di usia 40 an.

Ibu se0rang pelajar matematik yang pintar dan pernah din0batkan se0rang pelajar cemerlang di sekolah menengah al0r akar dan sek0lah menengah sultan ahmad shah. Dan ibu tidak dapat meneruskan pembelajarannya disebabkan kemiskinan hidupnya. Mungkin disebabkan 0leh kemiskinan keluarga ibu, ibu nekad untuk mengubah kehidupannya serta 1pada masa dahulu, ibu bertemu abah dan mendapat j0dohnya. Berkahwin seusia 22tahun dan melahirkan hamba pada 23 tahun.

Walaupown permulaannya kehidupan kami susah dan akhirnya ibu mendapat pekerjaan dan di situ sedikit sebanyak mengurangkan beban abah. Membesarkan hamba dengan r0tan2, ini adalah kerana kenakalan hamba, walaup0wn ibu garang dengan hamba tapi pada suatu hari 2ibu memukul hamba dengan penyapu lidi nmun pada malam tersebut ibu menyapu luka hamba dengan ubat sewaktu hamba sedang tidur.

Betapa mulianya hati ibu pada suatu hari tersebut, hamba dengan ringan tangan sms kepada ibu. Hamba menanyakan adakah payah untuk membesarkan hamba dan hamba juga menanyakan ibu bila mereka ingin membuat umrah atau haji. Dan jawab ibu, duit2 yang dibelanjakan untuk ibu adalah sedekah untuk pahala katanya, berderai air mata hamba mendengar kata2 ibu. Tulusnya hati ibu membesarkan hamba.

Ibu, terima kasih membesarkan hamba dengan r0tan2. Jikalau ibu tiada, tidaklah hamba menjadi se0rang manusia dan hamba juda tidak akan berada di sini. Ibu, engkaulah segala2nya, ampun dan maaf hamba pinta jika hamba menyakiti hati ibu. Ibu tidak pernah menunjukkan air mata atas kenakalan anak2nya sepanjang hamba membesar, tapi hamba tahu ibu pernah menangis disebabkan kenakalan hamba sewaktu kecil dahulu. Terima kasih ibu.

Comments

Popular Posts