bayangkan bila ini terjadi


Bayangkan ...... ~

Anda baru saja habis membaca Surah Yaasin yang anda sedekahkan untuk sahabat anda. Bagi anda,dia adalah teman sekelas yang sangat rapat dengan anda. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak dikenali duduk disebelah anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia memberitahu anda bahawa dia adalah ibu kepada arwah rakan anda itu.
Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda mencuba untuk meneliti tulisan yang tercalit pada kertas yang lusuh itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah tiada didunia ini untuk selamanya.
Anda pun membaca isi kandungan warkah usang itu.......
" Assalamualaikum wbt. Kalau nk ikutkan hati ni,aku mmg x sanggup nk bgtaw sume nih. Tapi aku da x sanggup nk simpan rahsia ni.... Aku nk kau tahu....aku tgh sakit ni. Bukan sakit hati dgn kau. tapi doktor ckp aku ade penyakit ganjil....entah la,,aku xtaw ape jenis sakit tuh. tapi yg aku taw,sakit ni xdek penawar wt mse skrg.... ish! aku takut la wei...!! tapi xpe....aku x nak kau risau. agak2 nyew... mse kau bace surat nih,,,aku ade lg x peluang utk hidup? x pasti lah...."
" Aku sayang kau~ aku rindu kau bile aku sorg2....tapi aku taw sape aku nih~ mungkin kau lebih rapat dengan yang laen,,,tapi dengan jujur aku beritahu....inilah perasaan yg ada didalam hati aku. Aku telah menganggap kau sahabat sejati~ tapi x mengapalah....satu masa nanti kau akan faham jugak kan? akhir kalam,aku doa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat. aku terpaksa berenti.....sakit sungguh~ ibu dah panggil...aku terpaksa ke hospital sekarang....~ "
Apakan perasaan anda sesudah membaca warkah itu? Tiada perasaan? Atau sudah menangis? Atau menyesal dengan sikap anda? Manusia selalu merasakan bhwa ini adalah cerita rekaan saja... ataupun ini hanyalah perkara biasa,yang hidup akan mati. Tapi bila anda pernah mengalaminya.... pastinya kehilangan itu amat pedih untuk diterima~ nyawa x akan dapat di ganti ..... oleh itu,,,hargai setiap sahabat yang hadir dalam hidup ini.

Comments

Popular Posts