buah hati

Buat hati yang dicipta.. Seringkali dititipkan atas kita akan takdir, yang kita sendiri tidak menyangka.. Hati berkata begini, tetapi pencipta hati menetapkan yang berbeda bagi kita.. Benar diingatkan dengan pelbagai ingatan.. Dicurah, dibelai dengan nada pujukan takdir.. Tapi hati, hanya diri yang merasa.. Dengarkan sekali lagi wahai hati, andai itu yang tertulis buatmu.. Ia adalah yang terbaik buatmu dari Tuhanmu.. Walau ia menekan menusuk nafasmu, sehingga ianya begitu perit bagimu, ia tetap yang terbaik buatmu.. Duhai hati, rahsiamu ada pada Tuhanmu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular Posts