HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI...Siapa saya, yang begitu sukar memaafkan?..Tuan?..Tuhan?


"Durra, sy geram betul la dgn si polan dan si polan..habis hidup kami sekeluarga berantakan kerananya".. Luahan hati sahabat sy itu membuatkan sy terdiam seketika. Kebetulan saya sedang menyelak majalah Anis keluaran Disember 2007 yang kebetulan terkandung rencana berkaitan itu, tulisan Ust Pahrol Mohamad Juoi. Sy cuba mengeksplorasi ke dasar hati..Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?. Dan cukup sakit apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun itu hanya bisik hati yang sakit. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri..ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tdk jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yg mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yg meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan...cintai, sayangi. Berperang dgn mereka bererti berperang dgn diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman: "Tolaklah kejahatan dgn sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara". Wahai diri, api jgn dilawan dgn api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama spt membina sebuah gunung berapi di dlm hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yg menanggungnya. Musuh-musuhmu terus ketawa, sedangkan kau sendiri meneguk bisa.
Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan saya. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu, sy akan menjadi lebih dahaga drpd sebelumnya. Apakah saya akan terjah perangkap itu berkali-kali?. Oh, tidak. Mukmin tdk akan terperosok dlm lubang yg sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!.
Biarlah mereka itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah saya letakkan. Tdk akan saya bawa dlm safar kehidupan yg pendek ini. Hidup terlalu singkat utk membenci. Bermusuh dgn org lain, sama seperti bermusuh dgn diri sendiri. Memaafkan org lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang..Benarlah bhw kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika itu terasa benar apa yg selalu didengar dlm tazkirah - yg punya tabsyir dan inzar - bhw dosa itu sesuatu yg meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput dtgnya 'syurga' yg fana, sblm syurga yg baqa. Teringat kata-kata seorg shbt yg punya peribadi dan akhlak yg baik ketika dia usai berhadapan dgn seorg yg panas baran: " Memohon maaf tdk bermakna kita yg bersalah, mengalah bukan bererti kita kalah..tapi koreksi la hati dan peribadi untuk menghadapi setiap orang dengan cara yg cukup hikmah".

Siapa saya, yg begitu sukar utk memaafkan?.Tuan?.Tuhan?. Saya hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa saya yang kerdil dan kecil ini untuk terus berdendam?. Ya Allah, ampunkan saya. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kdg-kdg..saya 'terlanjur' menumpang hak-MU

Duhai kawan2, maafkan saya sekiranya tanpa sengaja menzalimi dan melakukan kesalahan terhadap kalian. Marilah kita sama-sama memaafkan sesiapa sahaja yang menzalimi, menganiayai atau menyimpan niat tidak baik kepada diri kita-

Andai ESOK nafasku terhenti..ingatilah detik terakhir diri ini, Andai ESOK nadiku mati, maafkanlah kesalahan diri ini..kerana diriku terlalu byk kelemahan dan kekurangan

Comments

Popular Posts