petikan sorg rakan..betol ke ni??
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki
teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu
bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan
kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan
mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana
dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan
“aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat
atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat
itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang
selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak
kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya
keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good
luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat
itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan
kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
6] Orang yang mencintai kamu
bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Ataumengejutkan kamu di
tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan
kamu.
18] Orang yang mencintai kamu
kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening
kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia
akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk
mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang
terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia
tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat
handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia
masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau
bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan
segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan
diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu
merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu
mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun
hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan
karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana
dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Comments
Post a Comment