peringatan untuk diri sendiri dan peringatan untuk kita semua
Empat Perkara Yang menjanjikan Kecelakaan Dalam Hidup
1-Jumudul A'in
Mata yang tidak suka melihat kebenaran. Kebesaran Allah menjadikan
air zam-zam tak pernah kering sehingga ke hari ini membuktikan secara zahir
benarnya Islam.Banyak lagi yang boleh dilihat oleh mata sebagai bukti kebesaran
Allah swt.
2-Quswatul Qalbi
Hati yang keras. Tak boleh terima nasihat. Bila nasihat sahaja cepat
melenting dan tidak mengakui kesalahan sendiri kerana kerasnya hati.
3-Hirsun
Bersikap tamak haloba. Hidup memburu harta yang tak pernah rasa
cukup. Sikap ini membawa bersama sifat dengki bila ada saingan dalam memburu
harta dan pangkat. Kawan menjadi lawan kerana harta dan celakalah kata Nabi
orang yang Hirsun
4-Thoulul Ahli
Orang yang panjang angan-angannya. Nengimpikan sesuatu yang tidak
akan dapat digapai. Kerana angan-angan yang panjang sanggup berhutang sana sini
untuk memenuhi impiannya.Pinjam dekat Along,tak peduli halal haram. Nabi kata
celakalah golongan ini
Comments
Post a Comment