bingkisan hati kecil




Sudah sememangnya lumrah kehidupan, disakiti, dikhianati, dilukai, melukai, mengkhianati dan sekutu2 dengannya.. semua orang mempunyai kisah silam, kisah hitam hidup mereka dan begitu juga dengan aku.. kita hambanya memang xkan pernah terlepas dengan ujian tuhan.. cerita semalam sememangnya sangat menyakitkan, tapi untuk apa lagi harus aku ingati, harus aku fikirkan.. sememangnya sewaktu sayang, segala janji bole dijanjinya dan aku sangat pantang dengan manusia yang suke memungkiri janjinya..

Setelah apa yang jadi untuk sekian lama aku berfikir..  rupa2nya sedari dahulu sememangnya aku sudah ditipu, digunakan untuk kepentingan sese0rang.. hebatnya lakonan beliau.. lakonannya menutup segala kepentingan diri die sendiri dan aku yang bodo percaya bahwa itu adalah kasih sayang.. rasa cam worst giler bila dapat tahu orang  yang kita sayang hanyalah menggunakan kita, menipu kita.. harus bagaimanakah lagi aku??


Berbuat baik dibalas buruk, berbuat jahat, lagilah tuhan murka.. mula2 rase down gile, rasa tak percaya  tapi lama2 aku menyepikan diri, menyendiri, bermuhasabah diri dan memberi kata2 positif pada diri sendiri dan akhirnya aku akur dengan semua ini.. aku redha atas kepergian dia yang sangat menyakitkan dengan erti kata lain aku tak rela, tak bersedia dan lebih2 lagi pada saat tu aku sangat memerlukan die tapi apa yang dia kasi kat aku.. sakit yang berdouble2.. dan akhirnya harus juga aku lepaskan..

Aku tak suke melepaskan dalam keadaan aku tak rela sebab aku tau aku tak kan boleh berkawan ngan die da.. sebab bukan dengan cara itu aku nak lepaskan die.. kalo dia tinggalkan aku tuk single tak pe.. ni masa dalam in relationship.. ada orang yang ketiga.. aku tahu ini salah.. tapi aku tak mampu nak tolak rasa benci ni kat die.. sebab kau betul2 wat aku sakit.. di saat aku jatuh kehilangan se0rang insan yang pernah mendidik dan membela aku satu masa aku kecik dulu dan kau orang yang betul2 aku percaya, orang yang betul2 paling rapat ngan aku dan orang yang betul2 aku harapkan.. dan akhirnya kau ranapkan relationship ni atau friendship kita nie sekelip mata jerk.. seolah2 apa yang kau cakap dulu tak pernah kau ungkapkan.. satu perkataan pown aku tak pernah lupa tentang apa yang pernah kau janjikan dengan aku.. aku tak pernah lupe..

Cuma bila depan kau, aku tak pernah akuinya, aku wat kau seolah2 xde function dalam hidup aku.. yes, I admit but I will be fine kalo aku xadmit pown sebab sememang seawalnya kau memang menggunakan aku.. kau amik kesempatan atas aku.. aku terlalu baik, terlalu jujur, terlalu percayakan kau.. tapi aku salah, sebab kau tak sebaik aku.. sememangnya kita belum cukup kenal antara satu sama lain.. dan ini memang yang terbaik untuk kita berdua..


Sakit memang terlalu sakit sebab ini yang pertama kali sepanjang 23 tahun aku hidup.. sepanjang 23 tahun aku hidup, kau lew orang pertama yang aku tak boleh nak maafkan.. kau fikir sendiri lew.. kejam mana kau wat kat aku.. aku akui.. aku tak sempurna tapi aku tak bodoh.. aku waras.. aku ada otak.. aku ble fikir.. kalo kau tegur aku memang aku melenting.. tapi aku akan fikir apa yang kau cakap tu.. sebab aku ada otak dan aku ble berfikir dengan baik.. aku hanya perlukan masa.. itu sahaja.. sepanjang perkenalan kau ngan aku.. kau tak pernah cuba tuk paham rasa aku walau aku jujur.. yang kau tahu aku salah sbb cemburu kau yang melampau2.. cemburu itu bukan tanda sayang kau kat aku.. kau hanya bimbang hilang sumber kesenangan kau.. kau takut aku lebihkan orang lain dari kau..

Aku bersyukur tuhan limpahkan aku dengan sifat meletakkan sesuatu itu pada tempatnya dan perkataan berlawananNYA adalah zalim.. aku bersyukur tuhan jadikan aku seorang yang jujur, kalau menipu pown kau tahu aku tipu dan kawan2 aku tahu bila aku tipu.. sebab aku takde skill menipu.. tapi kau adalah penipu.. aku sedari tuhan ciptakan umatnya berbeza2 hati.. sebab tuhan nak kita kenal sapa kawan sapa lawan, tuhan nak kita kenal mana intan mana permata..

Aku tak pernah menyesal hilang kau pown.. sebab kau bukan yang terbaik yang pernah ada kat hati aku.. kau bukan kawan yang terbaik yang pernah aku ada.. kau hanya tahu mengambil kesempatan atas orang lain.. patutlah kau malu tuk mengaku.. berpijaklah pada bumi yang nyata kawan.. tak guna kaya kalau kasih sayang atau keakraban family tu takde.. ukurlah baju di badan sendiri kawan.. andai kau jatuh tersungkur satu saat nanti.. usah kau cari aku.. aku tak pernah ada kawan yang teruk cam kau.. teruskanlah hidup kau tanpa berkawan dengan aku.. tak mati pown kau tak kawan dengan aku kan..


Tuhan hanya pinjamkan kau untuk satu saat dan ambil kau kembali untuk ajar aku erti kehidupan tu.. banyak benda yang aku belajar.. aku redha.. tuhan telah tunjukkan aku sifat2 manusia yang ada di atas muka bumi ini.. aku mungkin mampu membalasnya.. tapi aku bukan tuhan tuk membalasnya.. aku biarkan ini semua dan aku biarkan tuhan yang membuat percaturan hidup aku.. 


Comments

Popular Posts