sandaran hati


Bila ada hati
Peliharalah hati sebaiknya
Hati bukanlah sandaran untuk sesuatu
Bila hati mendiamkan diri
Bukan bermakna ia penakut
Ia mahu mempunyai sedikit ruang untuk hati berfikir
Dan janganlah terlalu mendesak hati
Nescaya bakal meletup
Hati oh hati
Manusia menggunakan hati dengan sesukanya
Biarlah ia dengan hati mereka
Usah pedulikan hati yang kau sakiti
Hati yang diam bukan bermakna hati itu bodoh
Namun ia tidak mahu menyalahkan sesiapa
Biarlah hati ini diam untuk selamanya
Biarlah hati ini memendam segala duka
Dan biarlah hati ini akan memakan hatinya satu ketika nanti

Comments

Popular Posts