termenung aku sendiri
di luar jendela
mengenangkan nasib yang menimpaku
mengapa aku diuji sebegini
kasih sayang pada masa kini
xlagi berharga
apa yang dipandang
aku sendiri tidak pasti
mudahnya manusia memalingkan perasaan
ketika mahu
berpura2 manis atau itu adalah dirimu
aku sendiri tidak pasti
gerak gerimu sudah lama aku perhati
cuma aku tidak mahu mendengar
tapi aku mahu melihat
bila segalanya sudah didepan mata
aku akur
xberdaya untuk melawan dan aku mengaku kalah
sememangnya aku manusia yang tidak sempurna
tapi aku juga punyai hati dan perasaan
tergamak kau sendakan hatikue
memperbodohkan aku
mencari setiap pelusuk silapku
agar aku yang bersalah di situ
berlari kamu kepada yang lain
dan bersembunyi dari masalah yang dihadapi
aku tidak pernah terfikir mahu meninggalkanmu
kerna aku mahu aku menjadi kekuatanmu
namun kamu sudah membuka ruang tuk yang lain
tidak pernah aku menyimpan dendam
dan xmungkin aku akan kembali
doaku untukmu
moga kau bahagia hingga ke akhir hayat bersama pilihanmu
usah abaikan tanggungjawab mu
aku berharap kamu akan temui sinar hidup mu

Comments

Popular Posts