hawa,jagalah dirimu


bila kamu dipermainkan,
senyumlah kepada beliau,
bila mana kamu ditipu,
usahlah bersedih kerna allah maha mengetahui,
bila kita melihat salah mereka,
pandanglah diri kita ke dalam cermin,
sempurnakah kita?
bila mane kita mencanang ceritanya,
pernahkah kita merasa perasaannya,
memang dia sebegitu,
tapi kita tiada daya untuk mengubahnya,
kita hanya mampu menasihatinya,
mungkin ade ceritanya yang tidak kita ketahui,
kerna kita tidak berada di tempatnya,
jika kita sayang mengapa perlu kita membuka ceritanya,
kerna sakit akan apa yang dilakukan olehnya?
berdoalah semoga dia berubah,
kamu beruntung wahai sahabat,
kerna ramai yang menyayangi kamu,
cuma kamu yang tidak tahu,
mereka terlalu kisahkan kamu,
tapi caranya salah,
andai aku salah,
aku ingin memohon sejuta kemaafan,
mungkin dalam sedar atau tidak,
aku telah menyakiti mu,
bukan aku menilai kamu,
tapi aku tidak mahu kamu mengulanginya kembali,
kerna aku sayang akanmue,
sayang kamu kerna kamu seorang wanita,
tinggikanlah martabatmue sebagai seorang wanita,
jangan biarkan mereka persendakan maruah kamu,
jika kamu meminta aku untuk menghormatimu,
kamu juga harus menghormati dirimu,
ampun dan maaf kerna aku sendiri tidak mampu bertahan untuk kamu,
kerna terlalu banyak penipuan,
walau kamu mempunyai alasan tersendiri,
tidak mengapa,
walau aku kelihatan bodo,
untuk menelan segala kata2 atau alasanmu,
walau aku kelihatan buta,
untuk melihat segala buktinya,
xmengapa,
wahai sayang,
sekumit benci atau dendam,
xpernah hinggap untukmue,
kerna kamu terlalu berharga,
sayangi diri kamu,
usah mudah terpedaya,
aku tetap akan ada untukmue,
sebagai sorang sahabat,
aku xkan pernah jauh wahai sahabat,
kerna aku tahu kamu memerlukan seseorang,
aku tahu terlalu banyak peristiwa yang kau tempuhi seorang diri,
tapi sayang,
kamu xmenjadikan hari semalam sebagai pengajaran untuk esok hari,

Comments

Popular Posts