kota kinabalu



melangkah kaki aku di sini
di kota kinabalu
membuatkan aku sebak
di mana seharusnya kamu ada bersama aku
namun kamu hilang entah ke mana
aku mengerti pada saat ini
katamu sayang
tapi sedikit usahamu
tiadaku lihat
dan semestinya aku tiada lagi di hatimu
dan biarlah dia yang bertahta di hatimu
aku sedar
aku hanyalah persinggahan
terperangkap di dalam kesedihan
dan membuatkan aku hanyut di alam duniamu
kini aku tersangat mengerti
terima kasih cinta
walau untuk rasa yang sementara
walau untuk rasa kasih yang palsu
akan ku teruskan hidupku tanpa dirimu
kerna ternyata sia2
sekalung kasih yang kau semaikan
ternyata tidak bernyawa lagi
dan tiada gunanya
carilah hidupmu
teruskanlah
serta kejarlah duniamu
moga kamu bahagia
dan aku masih mencari diriku yang masih dibayangimu
hilangkanlah bayang2mu
kerna ia tidak bererti
pulanglah ke tempat asalmu
pandanglah syurgamu
lihatlah ibumu

Comments

Popular Posts