Luka semalam masih lagi
berbisa
Parut semalam masih lagi
kelihatan
Oleh kerana luka itu
Aku berani untuk hari esoknya
Terima kasih untuk sakit
kelmarin
Dan kerana luka itu
Banyak mengajar aku erti
hidup
Kamu sememangnya yang pertama
Dan kamu sememangnya yang
terbaik
Tapi kamu
bukanlah segala-galanya
Mebiarkan aku jatuh di saat
aku perlukan kamu
Dan membiarkan aku bangkit
sendirinya
Tiada kata yang dapat ku
ungkapkan
Hanya bisa mendokan
kebahagian kamu jauh dari sini
Terima kasih untuk luka ini
Dan terima kasih untuk
kebangkitan ini
Biarkan aku begini
Biarkan aku diulit lakonan
dunia
Comments
Post a Comment